detik selamanya

Galeri

Mengunjungi Yg Amat Berbahagia Dtn Sri Masdiana, isteri Menteri Besar Selangor, dikediaman beliau.

10 Jan 2023.

Bersama-sama pelajar dan keluarga asnaf di SMK Iskandar, Perak

17 Nov 2022. PWIP memberi sumbangan zakat, telekung dan Musyaf kepada yg memerlukan.

Majlis ilmu bersama Ustaz Dr Mustafa Umar dari Riau, Sumatera

10 Nov 2022. Majlis ilmu bersama Ustaz Dr Mustafa Umar dari Riau, Sumatera bersama ahli PWIP.

Berkunjung kerumah Ilham

12 Nov 2022. Berkunjung kerumah Ilham, yg pernah viral sewaktu berumur 10 tahun menjual pulut panggang di Station LRT, Setiawangsa. Sekarang berumur 16 tahun dan masih lagi gigih menjual ditempat yg sama untuk membantu ibu nya yang telah ditinggalkan oleh bapa nya semenjak beliau berumur 3 tahun.

Memberi sumbangan fidyah, zakat dan telekung kepada 20 keluarga asnaf di Kg Seri, Puchong.

16 Oct 2022.

Sumbangan Fidyah dan zakat disekitar, Shah Alam, Klang, Puchong dan Ampang.

September 2022.

Merentas lautan ke Pulau Tuba, Langkawi untuk menyantuni berbagai gulungan asnaf

19-21 Aug 2022.

Menyantuni kanak-kanak di Rumah Kesayanganku, Bukit Beruntung & Rumah Sentuhan Budi di Sec 14, Petaling Jaya

13 Aug 2022.

Misi Banjir di Baling, Kg Raja, Kg jerai, Kg Hangus dan Kg Iboi

16-17 Jul 2022. Menyantuni 75 keluarga mangsa yang sememangnya asnaf di landa bencana. Sedih dan pilu melihat keadaan mereka dengan berbagai kekurangan tetapi masih lagi boleh tersenyum.

Pondok Tahfiz Hj Ahmad di Lancang, Pahang dan pembangunan renovasi rumah Wadi Lokman

7 Jun 2022. Kami meninjau semula Pondok Tahfiz Hj Ahmad di Lancang, Pahang yang ranap sewaktu banjir baru-baru ini. Pondok-pondok yang baru dan kukuh akan dibina semula dalam masa terdekat ini. Sebanyak 27 buah pondok telah di tempah untuk di wakafkan dan 17 buah ada daripada ahli PWIP sendiri. Dari Lancang kami menuju ke Kuala Lipis untuk melihat progress pembangunan renovasi rumah Wadi Lokman yg sewaktu kami datang sebelum ini sangat la usang.

Menyantuni keluarga Orang Asli di Kg Kolam Air, Negeri Sembilan

5 Jun 2022.

Bersama 50 keluarga asnaf di Kg Sg Congkak, Hulu Langat.

10 Mei 2022.

Mengagihkan sumbangan zakat di Klang, Pusat Jagaan Satu Warga Emas di Bukit Beruntung dan di Rumah Cahaya Kaseh Bestari di Kg Melayu Subang

26 Apr 2022.

Mengagihkan sumbangan zakat dan cenderahati kepada Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera, keluarga asnaf di Cheras dan keluarga asnaf di Kg Medan dan Segambut

21 Apr 2022.

Program Sesi Tazkirah bersama Brother Firdaus Wong

Dakwah atau Didakwa adalah tajuk sesi tazkirah bersama Bro. Firdaus Wong pada kali ini.

Ibadah Qurban & Aqiqah Siri Ke-2 1439/2018

AJK PWIP telah menziarahi 2 Kem Pelarian Rohingya dan telah pun menyampaikan sumbangan daging korban kepada penduduk kem-kem tersebut. Tidak dilupakan juga, 2 ekor lembu telah di sumbangkan kepada Maahad Tahfiz Baitussalam dan Al-wadi. Kampung di Sik, Kedah turut menerima 3 ekor lembu dari penderma yang dermawan bagi diagihkan kepada 2000 orang kampung yang susah. Kami bersyukur misi kami di Kedah tahun ini berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjalankan ibadah korban dengan PWIP pada tahun ini.

Bengkel membuat biskut bersama ibu-ibu tunggal

Dengan kerjasama Noraini Cookies, kami telah membawa seramai 7 orang ibu tunggal bagi menyertai bengkel membuat biskut secara percuma. Para ibu tunggal juga telah di beri sedikit ilmu berkenaan cara untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Mereka turut dijemput untuk melawat ke kilang Noraini Cookies.

Lawatan ke Tahfiz Al-Falah, Sg. Besar

Ahli jawatankuasa PWIP telah melawat Tahfiz Al-Falah yang bertempat dia Sg. Besar dan turut menyumbang barang keperluan untuk kebersihan diri kepada para pelajar tahfiz disekolah berkenaan.

Majlis Pelancaran PWIP oleh DYMM Tengku Pemaisuri Selangor

Majlis Pelancaran PWIP telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor pada 29 April 2018.

Lawatan kebajikan dan beramah mesra bersama anak-anak yatim

PWIP telah menziarahi Tahfiz Al-wadi dan juga Tahfiz Baitussalam di Baling, Kedah. Sumbangan telah diberikan kepada para pelajar tahfiz yang juga anak-anak yatim dan juga kepada pembinaan surau di tahfiz tersebut.

Program Tahsin Solat bersama Ustaz RIduan

Program yang telah berlangsung adalah untuk mengutip dana tabung PWIP dan telah berjalan dengan lancarnya. Kami berterima kasih kepada semua yang telah hadir dan telah menderma.

Lawatan tapak & sumbangan pembinaan surau

Sumbangan telah diberi kepada surau Kg. Merlimau, Melaka bagi menyiapkan pembinaan surau tersebut.

Sumbangan ke Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Sumbangan diberi kepada sekolah tahfiz yang telah ditimpa bencana kebakaran dan juga kepada keluarga mangsa kebakaran.

Lawatan Kebajikan di Machang Kelantan sempena Hari Raya Qurban

2-5 September 2017. Sumbangan kepada mangsa banjir di Machang yang melanda pada 2014, sumbangan 9 ekor lembu bagi menyambut Hari Raya Qurban, sumbangan barang keperluan harian kepada keluarga asnaf di Machang dan juga lawatan tapak serta sumbangan kepada pembinaan Masjid Kg. Jakar di Machang, Kelantan.

Ziarah keluarga asnaf dari Syria

Sumbangan kewangan kepada keluarga asnaf dari Syria.

Lawatan ke Perkampungan Oranga Asli Hulu Langat

Lawatan ramah mesra serta memberi sumbangan kewangan untuk pembinaan surau di pusat orang asli dan juga perbincangan untuk program bersama orang asli di pusat ini.

Lawatan ke Pusat Jagaan Al-Fikrah

Lawatan dan ramah mesra bersama warga emas dan orang kurang upaya serta sumbangan kewangan.

Lawatan ke Maahad Tahfiz Darul Falah

Lawatan dan sumbangan kewangan untuk pembinaan pusat tahfiz

Lawatan ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih

Lawatan beramah mesra serta memberi sumbangan kewangan. Rakaman untuk program Nona TV3 turut dijalankan.

Lawatan ke Pusat jagaan Rumah Kesayangan

Lawatan dan ramah mesra serta memberi sumbangan kewangan kepada anak yatim dan asnaf berumur 6 hingga 12 tahun.

Ziarah ke rumah Keluarga arwah Pn. Rohayati

Ziarah keluarga anak yatim yang baru sahaja kematian ibunya akibat sakit kanser & bapanya tiada pekerjaan.

Lawatan ke Rumah Anak Yatim & Ibu Tunggal

Lawatan kebajikan dan penyerahan duit raya kepada anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu-ibu tunggal

Program Baju Raya untuk Anak yatim Media Prima

Penyerahan 100 pakaian raya baru untuk kanak-kanak melalui TV3.

Lawatan ke Rumah Jagaan Orang Sakit dan Orang Tua

Lawatan kebajikan: Ziarah dan beramah mesra bersama penghuni serta menyumbangkan 3 kerusi roda dan wang tunai.

Mesyuarat Jawatankuasa

Gambar mesyuarat ahli jawatankuasa dan perbincangan untuk perancangan masa hadapan kami.
Ingin membuat perubahan?

Bantu kami mengumpul tabung dana PWIP untuk tujuan kemanusiaan kami