detik selamanya
Galeri
Berkunjung kerumah Ilham
12 Nov 2022.
Berkunjung kerumah Ilham, yg pernah viral sewaktu berumur 10 tahun menjual pulut panggang di Station LRT, Setiawangsa.
Sekarang berumur 16 tahun dan masih lagi gigih menjual ditempat yg sama untuk membantu ibu nya yang telah ditinggalkan oleh bapa nya semenjak beliau berumur 3 tahun.
Pondok Tahfiz Hj Ahmad di Lancang, Pahang dan pembangunan renovasi rumah Wadi Lokman
7 Jun 2022. Kami meninjau semula Pondok Tahfiz Hj Ahmad di Lancang, Pahang yang ranap sewaktu banjir baru-baru ini. Pondok-pondok yang baru dan kukuh akan dibina semula dalam masa terdekat ini. Sebanyak 27 buah pondok telah di tempah untuk di wakafkan dan 17 buah ada daripada ahli PWIP sendiri. Dari Lancang kami menuju ke Kuala Lipis untuk melihat progress pembangunan renovasi rumah Wadi Lokman yg sewaktu kami datang sebelum ini sangat la usang.
Ibadah Qurban & Aqiqah Siri Ke-2 1439/2018
AJK PWIP telah menziarahi 2 Kem Pelarian Rohingya dan telah pun menyampaikan sumbangan daging korban kepada penduduk kem-kem tersebut. Tidak dilupakan juga, 2 ekor lembu telah di sumbangkan kepada Maahad Tahfiz Baitussalam dan Al-wadi. Kampung di Sik, Kedah turut menerima 3 ekor lembu dari penderma yang dermawan bagi diagihkan kepada 2000 orang kampung yang susah. Kami bersyukur misi kami di Kedah tahun ini berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjalankan ibadah korban dengan PWIP pada tahun ini.
Bengkel membuat biskut bersama ibu-ibu tunggal
Dengan kerjasama Noraini Cookies, kami telah membawa seramai 7 orang ibu tunggal bagi menyertai bengkel membuat biskut secara percuma. Para ibu tunggal juga telah di beri sedikit ilmu berkenaan cara untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Mereka turut dijemput untuk melawat ke kilang Noraini Cookies.
Lawatan Kebajikan di Machang Kelantan sempena Hari Raya Qurban
2-5 September 2017.
Sumbangan kepada mangsa banjir di Machang yang melanda pada 2014, sumbangan 9 ekor lembu bagi menyambut Hari Raya Qurban, sumbangan barang keperluan harian kepada keluarga asnaf di Machang dan juga lawatan tapak serta sumbangan kepada pembinaan Masjid Kg. Jakar di Machang, Kelantan.