beberapa tentang
Perbuatan Kami
objektif kami
Why we do, what we do.
Untuk memperkasakan masyarakat Islam dengan menyelaras dan mewujudkan jaringan kerjasama antara beberapa individu, pendidikan & institusi kesihatan, badan korporat dan badan sukarelawan lain untuk membantu anak-anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang sakit, orang kurang upaya dan semua mereka yang memerlukan.
![30412638_572862569760723_619455947621793792_n 30412638_572862569760723_619455947621793792_n](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/30412638_572862569760723_619455947621793792_n-q1u6i0bo22hb471f10ncmwsne00872q0d6trtag3l8.jpg)
Perkembangan ekonomi
Menyumbang ke arah pembangunan ekonomi anak yatim dan kaum ibu tunggal serta yang kurang upaya dengan pendekatan memberi ilmu pengetahuan serta dapat memperkasakan kebolehan jasmani dan rohani.
![285270429_1746049315775370_1975628827844729957_n 285270429_1746049315775370_1975628827844729957_n](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/285270429_1746049315775370_1975628827844729957_n-q1u6pebzs6lgdub0vpmrqjo3i1l3pf21prg6mlhooc.jpg)
bantuan kewangan
Menyalurkan bantuan kewangan untuk pembinaan masjid, surau, madrasah dan pemberian bantuan kepada pelajar golongan yatim, asnaf dan tahfiz dari segi bantuan kewangan, kem motivasi, dan bantuan tuisyen.
![26221106_530402590673388_8560566524127934760_o 26221106_530402590673388_8560566524127934760_o](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/26221106_530402590673388_8560566524127934760_o-q1u6da6vp20eqrwjmh3vllq7v9ashuyldsqvy7gcvg.jpg)
Tiada yang tertinggal
Membantu fakir miskin khususnya masyarakat Islam agar kehidupan mereka tidak terabai.
![269995632_1628481724198797_7638363506285015589_n PWIP](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/269995632_1628481724198797_7638363506285015589_n-e1675820030498-q1u4peuydy1x8wva83gca7m9qqe57wa2tguiiq8370.jpg)
pergerakan bantuan
Menyelaraskan pergerakan bantuan sekiranya berlaku bencana alam dan kecemasan lain.
![26219850_530381780675469_7187845242418772 26219850_530381780675469_7187845242418772](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/26219850_530381780675469_7187845242418772-q1xq2uc3wjq245ox3sn5ffbc6wihteyc5lt052lulo.jpg)
Kerjasama
Mendapat kepakaran daripada rakan strategik untuk membantu kes penyakit kronik dan lain-lain.
![46818493_727200354326943_6984416464602136576_n 46818493_727200354326943_6984416464602136576_n](https://pwip.org/wp-content/uploads/elementor/thumbs/46818493_727200354326943_6984416464602136576_n-q1u67xhys0ommpofvntcwgcq39ojnwpmbb0ckhe2b0.jpg)
sokongan moral
Memberi sokongan moral dan menyumbang ke arah pembinaan dan pengukuhan akidah di kalangan masyarakat Mu’allaf.
aktiviti-aktiviti PWIP
- Aktiviti tahunan pengagihan dana bulan Ramadan kepada kumpulan asnaf, anak yatim dan rumah rumah kebajikan.
- Aktiviti tahunan pengagihan daging Qurban kepada kumpulan asnaf, anak yatim dan rumah rumah kebajikan.
- Program Jejak Asnaf di Semenanjung Malaysia.
- Program pembinaan beberapa pam air untuk pelarian Rohigya di Kem Cox Bazaar di Bangladesh.
- Pembinaan sebuah Madrasah untuk pelarian Rohigya di Kem Cox Bazaar di Bagladesh.
- Program Wakaf pondok pondok Tahfiz di Kedah, Pahang dan Pekan Baru.
- Sumbangan kepada pembinaan Masjid At-Taqwa di Machang, Kelantan dan Surau SMK USJ13, Subang Jaya, Selangor.
- Baik pulih perumahan Rumah Wadi Lokman, Kuala Lipis, Pahang.
- Sumbangan kilat bagi mereka yang terjejas dari bencana alam iaitu banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
- Sumbangan terhadap pembinaan Cafe Hvala, Kampung Medan, Selangor untuk kaum ibu tunggal tempatan menjana pendapatan.
- Menyantuni kaum Orang Asli di Kampung Kolam Air, Negeri Sembilan.
- Program Wakaf naskah Al-Quran yang diagihkan kepada Pusat Pusat Tahfiz dan beberapa penjara-penjara tertentu seperti Tapah, Taiping, Batu Gajah, Kajang dan Sungai Buloh.
- Sumbangan bulanan kepada individu/keluarga asnaf menerusi Akaun Pendidikan dan Akaun Sara Hidup.
- Sumbangan kepada kaum asnaf yang menjalani perniagaan untuk menjana pendapatan: Perkakas Cafe, Mesin Doh, Oven, Mesin Jahit, Peti Sejuk, Peralatan Dapur dan lain-lain.
- Sumbangan Infaq Makanan setiap hari Jumaat.
- Pembinaan Masjid dii Kelantan, Kedah, Melaka dan Johor.
- Program pendidikan tuisyen untuk anak keluarga muallaf dan juga secara "Fun Learning" untuk anak-anak yatim di Kampung Medan dan Cheras. Program berbentuk ilmu agama kepada penghuni Rumah OKU dan Warga Emas.
- Sumbangan ihsan terhadap kes kes rujukan yang memerlukan seperti penyakit kronik yang juga memerlukan pembedahan.
- Menjalani kelas Tazkirah oleh beberapa Ustaz dan Ustazah dalam berbagai topik ilmu keagamaan secara fizikal dan "online".
![PWIP Logo](https://pwip.org/wp-content/uploads/2022/12/Group-34.png)
Senarai Kumpulan sasaran PWIP
• Fakir & Miskin
• Ibu Tunggal
• Mu'allaf
• Orang Sakit
• Orang Tua & Kurang Upaya
• Mangsa Malapetaka
• Anak Yatim & Keluarga Asnaf
• Tazkirah & Majlis Ilmu
• Keperluan institusi Masjid, Surau, Pusat Tahfiz & Rumah Anak Yatim
bantuan kepakaran yang di alu-alukan
- Kakitangan perubatan untuk membantu pemeriksaan kesihatan di rumah jagaan orang tua atau keluarga asnaf.
- Guru, guru pelatih, guru pesara serta guru agama untuk memberi tuisyen dan pelajaran agama, suntikan motivasi serta peningkatan akhlak kepada kumpulan sasaran yang memerlukan.
- Syarikat dan agensi tertentu untuk peningkatan ilmu dan kemahiran dalam kalangan ibu tunggal dan muallaf bagi pembangunan dan peningkatan ekonomi mereka.
- Badan korporat, perbankan dan agensi kerajaan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti untuk kumpulan sasaran dalam beberapa projek PWIP.