kisah kejayaan

Peniaga Jalanan

By PWIP | Kisah Keyajaan | 28 Februari 2023

Assalamualaikum…

Saya ingin kongsi kan kisah hidup saya.

Nama saya Junalizi binti Jusoh berusia 33 tahun, menetap di 890 Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor. Saya mempunyai empat orang anak; dua lelaki dan dua perempuan. Anak pertama lelaki, kini berusia 11 tahun. Anak kedua dan ketiga ialah perempuan yang berusia 8 dan 5 tahun. Anak ke-empat pula lelaki dan berusia 3 tahun.

Saya hanya berniaga menjual kuih muih seperti donut, pau dan cakoi. Saya nekad untuk berusaha demi anak-anak setelah ditinggalkan oleh suami saya tiga tahun lepas. Saya telah berusaha untuk mencari bantuan dan akhirnya berjumpa dengan PWIP. PWIP membantu dengan memberi ketuhar baru untuk permulaan perniagaan.

Kemudian, saya beli kereta saga lama orang panggil saya Mahatir. Saya beli dengan Pakcik Indon, harga RM1500 tapi saya baru bayar RM900 sebab saya tak cukup duit masa itu. Alhamdulillah dia bagi saya pakai dulu kereta untuk berniaga.

Saya berusaha berniaga kecil-kecilan di tepi jalan menggunakan payung (kanopi). Dengan kereta yang uzur itu saya terpaksa menghadapi kesukaran sebab selalu rosak semasa perjalanan ke tempat berniaga.

Ada satu ketika sedang saya memandu kereta untuk ke tapak berniaga, tiba-tiba tayar kereta saya tercabut di tengah jalan. Saya bersyukur, dalam keadaan saya yang amat buntu dan memerlukan itu, PWIP menolong saya ketika itu dengan membaiki kereta dan memberi sumbangan kepada saya. PWIP juga memberi sumbangan membeli payung kanopi sebab kanopi saya rosak dan patah di sebabkan terkena ribut. Alhamdulillah saya dapat berniaga kembali. Saya berniaga bermula pukul 12 ptg sehingga habis kuih.

Inilah sebahagian kisah hidup saya untuk saya kongsikan Aspirasi saya agar dapat mengembangkan perniagaan saya disamping membantu perbelanjaan anak-anak OKU saya. Terima kasih kepada PWIP dengan memberi bantuan yang berterusan.

Ingin membuat perubahan?

Bantu kami mengumpul tabung dana PWIP untuk tujuan kemanusiaan kami