kisah kejayaan

HLAVA Kafe

By PWIP | Kisah Keyajaan | 28 Februari 2023

HLAVA Kafe (disebut Haula) bermakna kekuatan, semangat dan cantik ini terletak di Kampung Medan, Petaling Jaya. Kafe yang berkonsep santai dibina dengan menggunakan bahan terpakai atau ‘recycled’. Ini adalah kepunyaan dua ibu tunggal, iaitu Puan Siti atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Ngah dan Puan Suhaimi atau Su saja.

Bermula idea untuk membuka kafe ini datangnya setelah beberapa tahun kedua-dua sahabat baik ini berniaga kuih dan lauk-pauk semasa adanya kelas ilmu anjuran PWIP di kediaman Puan Mashita Rahim di KGSAAS, Shah Alam.

“Kami memang bercita-cita untuk mempunyai kedai sendiri dan apabila diberi peluang oleh PWIP untuk mengadakan HVALA, memang kami teruja. Kami mula berniaga pada Januari 2019 tetapi covid melanda selepas itu. Dua tahun keadaan kami amat mencabar. Saya percaya ramai yang senasib dengan kami.

Dengan adanya sokongan dan kerjasama dari Biro Ibu Tunggal (BIT) PWIP, kami tidak patah semangat dan cuba berniaga secara ‘online’. Alhamdulillah sambutan dari kawan-kawan di PWIP sangat menggalakkan.” kata Su.

Bila ditanya bagaimana masa depan HVALA dan kemana arah tujunya. “Saya kurang pandai memasak tapi hal-hal promosi dan khidmat pelanggan tu boleh la sikit.” di sambung Su lagi.

“Ramai di Kampung Medan ini berniaga tapi di HVALA, kualiti masakan dan kebersihanlah yang kami pentingkan. Keselesaan pelanggan dan ‘customer service’ disyorkan supaya pelanggan terus berurusan dengan HVALA. Selain menjual lauk pauk melayu, ada juga barang frozen yang kami jual.

Mak Ngah memang suka memasak tapi cara orang lamalah. Bukan ada sukatan, main tauk-tauk aja. Masakan paling digemari oleh pelanggan adalah masak asam pedas daging/tetel dan pajeri nanas/terung.”kata Mak Ngah yang berasal dari Melaka. Ibu tunggal beranak lapan (8) ini masih bersemangat untuk memasak walaupun usia menjangkau 70 tahun.

“Aspirasi kami di HLAVA selain ingin memajukan kafe ini, kami juga berganding bahu sesama rakan-rakan di Kampung Medan untuk mempromosikan produk-produk yang dihasilkan oleh mereka supaya kejayaan yang diperolehi ini dapat membantu membangunkan komuniti di Kampung Medan.”

Bagi yang ingin merasai keenakan air tangan Mak Ngah untuk tempahan hari jadi, kenduri, jamuan pejabat dan lain-lain, boleh hubungi HVALA Kafe.

HLAVA Kafe

No 18, Jalan PJS 2C/16, Taman Medan,

46000 Petaling Jaya, Selangor D.E.

Tempahan : +6011 1672 7178 (Su).

Ingin membuat perubahan?

Bantu kami mengumpul tabung dana PWIP untuk tujuan kemanusiaan kami